Korban tsunami Selat Sunda Indonesia meningkat kepada 373 orang

Astro Awani
Disember 24, 2018 14:03 MYT
Kejadian tersebut berlaku akibat gelombang tinggi yang dilaporkan melanda pantai barat wilayah Banten sekitar jam 9.27 malam (waktu tempatan) pada Sabtu. - Foto REUTERS/Adi Kurniawan
Jumlah korban susulan tragedi tsunami di Selat Sunda pada Sabtu malam kini meningkat kepada 373 orang.
Menurut kenyataan dikeluarkan oleh jurucakap Badan Bencana Nasional Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho malam ini, 128 yang lain masih hilang manakala 1,459 tercedera.
Kebanyakan mangsa adalah penghuni di Pulau Jawa dan Sumatera.
Kejadian tersebut berlaku akibat gelombang tinggi yang dilaporkan melanda pantai barat wilayah Banten sekitar jam 9.27 malam (waktu tempatan) pada Sabtu.
Jumlah berkenaan dikhuatiri terus meningkat kerana pasukan mencari dan menyelamat masih belum dapat memasuki semua kawasan yang terjejas akibat tsunami itu.
#Banten #gunung berapi #gunung krakatau #hilang #Indonesia #jumlah korban #mangsa #Selat Sunda #tsunami