DUNIA
Korea Selatan belum pasti capai perjanjian perdagangan dengan AS sebelum 8 Julai
Lee Jae-myung berkata Seoul dan Washington perlu menghasilkan keputusan yang saling menguntungkan, namun permintaan kedua-dua pihak masih belum dimuktamadkan. - Reuters
SEOUL: Presiden Korea Selatan Lee Jae-myung, pada Khamis berkata beliau tidak pasti sama ada Korea Selatan dapat mencapai perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) sebelum 8 Julai, tarikh akhir yang ditetapkan oleh Presiden Donald Trump, untuk melaksanakan "tarif timbal balik", lapor Xinhua.
Lee dalam sidang media sempena 30 hari pentadbirannya berkata rundingan tarif bukan sesuatu yang mudah, sambil memaklumkan bahawa sukar untuk memastikan sama ada rundingan dapat diselesaikan sebelum 8 Julai walaupun pemerintahannya sedang melakukan yang terbaik.
Beliau berkata Seoul dan Washington perlu menghasilkan keputusan yang saling menguntungkan, namun permintaan kedua-dua pihak masih belum dimuktamadkan.
Lee berkata isu itu sukar untuk diperkatakan kerana sebarang kenyataannya boleh memberi kesan kepada rundingan, sambil menambah bahawa kerajaannya akan terus berusaha sebaik mungkin.
Sementara itu, mengenai dasar luar, Lee menegaskan bahawa beliau "akan melindungi keamanan dan kehidupan rakyat melalui diplomasi pragmatik berteraskan kepentingan negara, berdasarkan pakatan kukuh Korea Selatan-AS, kerjasama rapat Korea Selatan-AS-Jepun, serta usaha memperbaiki hubungan dengan China dan Rusia secara pantas."
-- BERNAMA