DUNIA

Korea Selatan cabut pembesar suara propaganda anti-Korea Utara

Astro Awani 04/08/2025 | 08:17 MYT
Korea Selatan mula menanggalkan siaran propaganda anti-Korea Utara di sempadan sebagai usaha meredakan ketegangan dan menghidupkan semula dialog antara kedua-dua negara. -Foto The Defense Ministry/Reuters
Pihak berkuasa Korea Selatan mula menanggalkan siaran propaganda melalui pembesar suara yang menyiarkan propaganda anti-Korea Utara di sepanjang sempadan negara itu pada Isnin.


Ringkasan AI
  • Korea Selatan mula menanggalkan siaran propaganda anti-Korea Utara di sempadan sebagai usaha meredakan ketegangan dan menghidupkan semula dialog antara kedua-dua negara.
  • Langkah ini selaras dengan dasar pentadbiran baharu Presiden Lee Jae Myung yang mematikan siaran propaganda sejak Jun lalu.
  • Korea Utara menolak pendekatan damai tersebut dan menyatakan tiada minat untuk berbincang, walaupun kedua-dua negara masih secara teknikal berada dalam keadaan perang.


Menurut Kementerian Pertahanan Seoul, selaras dengan usaha pentadbiran baharu Presiden Lee Jae Myung untuk meredakan ketegangan dengan Pyongyang.

Langkah itu diambil selepas pentadbiran Lee mematikan siaran propaganda yang mengkritik rejim Korea Utara sejurus beliau memulakan tugas pada Jun lalu.

Korea Selatan cabut pembesar suara propaganda anti Korea Utara

Langkah ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan semula dialog yang tertangguh antara kedua-dua negara.

Namun begitu, Korea Utara baru-baru ini menolak pendekatan tersebut dan menyatakan mereka tidak berminat untuk berbincang dengan Korea Selatan.

Kedua-dua negara masih secara teknikal berada dalam keadaan perang susulan Perang Korea 1950-1953 yang berakhir dengan gencatan senjata, dan hubungan kedua negara ini semakin kurang baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.









#Korea Selatan #Korea Utara #siaran propaganda #gencatan senjata #cabut pembesar suara