awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan, India mulakan rundingan naik taraf perjanjian perdagangan

Bernama
Bernama
03/11/2022
04:32 MYT
Korea Selatan, India mulakan rundingan naik taraf perjanjian perdagangan
Kedua-dua negara telah melaksanakan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA) pada Januari 2010.
SEOUL: Korea Selatan dan India pada Khamis melancarkan rundingan pusingan baharu untuk menaik taraf perjanjian perdagangan dua hala selepas terhenti selama tiga tahun, lapor Yonhap, memetik kementerian perdagangan di sini.
Kedua-dua negara telah melaksanakan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA) pada Januari 2010 dan memulakan perbincangan untuk menaik taraf pakatan itu pada 2015.
Bagaimanapun, rundingan terhenti sejak Jun 2019 kerana pandemik COVID-19 dan pelbagai isu lain.
Pusingan kesembilan bermula di Seoul dan berlangsung lebih dua hari, dan kedua-dua pihak akan membincangkan kaedah menambah baik perjanjian termasuk mengenai tarif barangan dan perkhidmatan, pelaburan, dan peraturan asal, menurut Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga.
"Kerjasama dengan India sangat penting, terutamanya pada ketika kita berdepan ketidakstabilan rantaian bekalan global dan ketidaktentuan ekonomi yang semakin meningkat.
"Kami akan mengambil kira semakan CEPA sebagai peluang untuk mengembangkan perdagangan dan pelaburan dua hala dan membantu firma kami memasuki pasaran India," kata pegawai kementerian Yang Gi-uk.
Menurut data kerajaan, perdagangan dua hala berada pada paras tertinggi iaitu mencecah US$23.66 bilion pada 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#India
#perjanjian perdagangan
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan