DUNIA
Korea Selatan keluar amaran respons Tahap 2, susulan kebakaran hutan di Gyeongsang utara
Kebakaran besar itu meletus di kawasan lereng bukit di Daerah Uiseong, Wilayah Gyeongsang Utara, kira-kira pukul 3:15 petang. - via Bernama
SEOUL: Pihak berkuasa Korea Selatan pada Sabtu mengeluarkan amaran respons kebakaran hutan Tahap 2 dan arahan pemindahan kepada penduduk di kawasan luar bandar susulan kejadian kebakaran hutan, lapor agensi berita Yonhap.
Kebakaran besar itu meletus di kawasan lereng bukit di Daerah Uiseong, Wilayah Gyeongsang Utara, kira-kira pukul 3:15 petang, kurang setahun selepas kebakaran besar melanda kawasan sama pada musim bunga lepas, menurut pihak berkuasa.
Punca kebakaran masih belum dapat dipastikan setakat ini.
Pihak berkuasa mengaktifkan respons Tahap 2 pada pukul 3:41 petang dengan menggerakkan 10 helikopter, 51 jentera pemadam api serta 315 anggota bomba dan petugas lain.
Bagaimanapun, beberapa helikopter dilaporkan tidak dapat berlepas berikutan keadaan angin kencang.
Kerajaan turut mengeluarkan arahan pemindahan yang meminta penduduk berhampiran berpindah ke pusat komuniti kampung masing-masing memandangkan api merebak dengan pantas akibat tiupan angin yang kuat.
Tahap kelembapan di lokasi kebakaran direkodkan pada 33 peratus.
"Siasatan mengenai punca kebakaran sedang dijalankan dan kerajaan akan mengerahkan segala sumber yang ada bagi mengelakkan kehilangan nyawa," kata seorang pegawai perhutanan.
-- BERNAMA