Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
DUNIA

Korea Selatan kerah helikopter, ratusan anggota kawal kebakaran hutan Inje

Bernama 21/11/2025 | 03:40 MYT
Kebakaran hampir 70 peratus berjaya dibendun. - Foto X/@koreatimescokr
SEOUL: Pihak berkuasa Korea Selatan mengerahkan 29 helikopter dan ratusan anggota bagi mengawal kebakaran hutan di Inje, wilayah Gangwon di timur laut negara itu.


Ringkasan AI
  • Pihak berkuasa Korea Selatan mengerahkan 29 helikopter dan ratusan anggota untuk mengawal kebakaran hutan di Inje, Gangwon, timur laut negara itu.
  • Kebakaran hampir 70 peratus berjaya dibendung; bermula pada petang Khamis di cerun bukit Inje dan menyukarkan usaha pemadaman disebabkan keadaan muka bumi yang berbukit.
  • Tiada korban jiwa dilaporkan, namun 12 penduduk dipindahkan ke pusat jagaan warga emas sebagai langkah berjaga-jaga; Perdana Menteri Korea Selatan arahkan pemindahan dilakukan dengan cepat dan selamat.


Menurut Agensi Berita Yonhap, kebakaran itu dilaporkan hampir 70 peratus berjaya dibendung setakat Jumaat.

Kebakaran bermula pada petang Khamis di kawasan cerun bukit di Inje, kira-kira 132 kilometer di timur Seoul, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Pihak perhutanan memaklumkan bahawa seramai 338 anggota bersama 69 peralatan operasi dikerah sepanjang malam untuk memadam api, namun keadaan muka bumi yang berbukit menyukarkan usaha pemadaman.

Sebanyak 29 helikopter digerakkan awal pagi Jumaat untuk membantu memadam sisa-sisa kebakaran yang masih aktif.

Tiada korban jiwa dilaporkan setakat ini, namun 12 penduduk dari beberapa kediaman berhampiran dipindahkan ke pusat jagaan warga emas dan fasiliti lain sebagai langkah berjaga-jaga.

Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Min-seok pada Khamis mengarahkan pihak berkuasa tempatan memastikan pemindahan penduduk dilakukan dengan cepat dan selamat.

Beliau turut menekankan keperluan menyediakan pusat pemindahan serta bekalan bantuan kecemasan yang mencukupi bagi mengurangkan kesulitan mangsa yang terjejas.

-- BERNAMA






#kebakaran hutan #usaha pemadaman #penduduk dipindah #pusat jagaan warga emas