DUNIA

Korea Selatan lapor kes baharu selesema burung

Bernama 21/12/2025 | 11:36 MYT
Korea Selatan melaporkan kes ke-16 jangkitan selesema burung berpatogen tinggi di ladang itik di Wilayah Jeolla Selatan. -Gambar hiasan/Adobe Stock
SEOUL: Korea Selatan pada Ahad melaporkan satu lagi jangkitan selesema burung berpatogen tinggi di sebuah ladang itik di Wilayah Jeolla Selatan, menjadikan kes ke-16 seumpamanya dikesan di ladang ternak ayam itik musim ini, lapor Agensi Berita Yonhap.


Ringkasan AI
  • Korea Selatan melaporkan kes ke-16 jangkitan selesema burung berpatogen tinggi di ladang itik di Wilayah Jeolla Selatan.
  • Kes terbaharu dikesan di ladang di Naju yang mempunyai 23,000 ekor itik, menjalani langkah kuarantin khas dan pemantauan ketat untuk cegah penularan.
  • Pihak berkuasa merancang pemeriksaan intensif di lebih 200 ladang itik di wilayah tersebut bermula Isnin untuk cegah penyebaran penyakit.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Kes terbaharu itu dikesan di sebuah ladang di Naju, kira-kira 285 kilometer di selatan Seoul, yang menternak 23,000 ekor itik, menurut ibu pejabat pengurusan bencana pusat.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa langkah kuarantin khas sedang dilaksanakan di ladang terjejas serta memperkukuh pemantauan terhadap kemudahan serta kenderaan berkaitan bagi mencegah penularan lanjut penyakit berkenaan.

Mereka juga merancang untuk menjalankan pemeriksaan intensif di lebih 200 ladang itik di wilayah itu bermula Isnin.

-- BERNAMA





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah kes jangkitan selesema burung yang dilaporkan di Korea Selatan pada musim ini?
    A: Korea Selatan melaporkan kes ke-16 jangkitan selesema burung berpatogen tinggi pada musim ini.
  • Q: Di manakah kes terbaharu jangkitan selesema burung dilaporkan berlaku?
    A: Kes terbaharu jangkitan selesema burung dilaporkan di sebuah ladang itik di Naju, Wilayah Jeolla Selatan, Korea Selatan.
  • Q: Apa langkah yang sedang dilakukan pihak berkuasa di Korea Selatan bagi mengawal penularan penyakit selesema burung?
    A: Pihak berkuasa sedang melaksanakan langkah kuarantin khas di ladang terjejas, memperkukuh pemantauan terhadap kemudahan serta kenderaan berkaitan, dan merancang untuk menjalankan pemeriksaan intensif di lebih 200 ladang itik di wilayah tersebut bermula Isnin.



#Korea Selatan #selesema burung #ladang itik #Wilayah Jeolla Selatan #Naju