Korea Selatan mahu perluas kerjasama industri halal

Agensi
November 19, 2016 15:45 MYT
Negara itu juga sedang giat mencari rakan kongsi halal dari negara-negara Islam, seperti Malaysia untuk menjalinkan kerjasama dalam membangunkan industri berkenaan. - Gambar fail
Industri halal global kini dianggarkan bernilai lebih 3 trillion USD dan menarik minat pelbagai negara mengambil peluang memperluas pasaran mereka.
Menurut Pengarah Urusan Korea halal, Co Kim Jin Woo, Korea Selatan antara negara yang tidak terkecuali menerokai potensi industri halal itu.
Kim berkata kerajaan Korea Selatan berminat untuk membangunkan produk-produk halalnya sendiri dengan menggunakan teknologi negara tersebut.
Bagi tujuan itu, katanya, korea selatan baru-baru ini telah mengumumkan pembinaan lima kilang halal pelbagai industri termasuk kosmetik, dan makanan.
Negara itu juga sedang giat mencari rakan kongsi halal dari negara-negara Islam, seperti Malaysia untuk menjalinkan kerjasama dalam membangunkan industri berkenaan.
#co kim jin woo #industri halal #Korea Selatan