DUNIA

Korea Selatan naikkan gaji minimum 2026 sebanyak 2.9 peratus

Bernama 05/08/2025 | 10:50 MYT
Korea Selatan memperkenalkan sistem gaji minimum pada 1988. - Foto AP
SEOUL: Korea Selatan pada Selasa mengesahkan akan menaikkan gaji minimum untuk tahun depan sebanyak 2.9 peratus, lapor Xinhua.


Ringkasan AI
  • Kadar Baharu Gaji minimum ditetapkan pada 10,320 won sejam (AS$7.43), meningkat 2.9% berbanding 10,030 won pada 2025.
  • Gaji Bulanan: Berdasarkan waktu kerja standard 209 jam sebulan, gaji minimum bulanan ialah 2,156,880 won.
  • Konsensus Sejak 2008: Keputusan ini dicapai melalui persetujuan bersama antara wakil buruh, majikan dan pihak awambuat pertama kali sejak 2008.


Gaji minimum wajib setiap jam untuk 2026 ditetapkan pada 10,320 won (AS$7.43), naik 2.9 peratus berbanding 10,030 won (AS$7.22) tahun ini, menurut Kementerian Pekerjaan dan Buruh.

Kadar kenaikan baharu sebanyak 2.9 peratus itu adalah lebih tinggi berbanding kadar kenaikan 1.7 peratus tahun ini.

Negara Asia itu memperkenalkan sistem gaji minimum pada 1988.

Gaji minimum setiap jam itu bersamaan dengan 2,156,880 won (AS$1,552) sebulan berdasarkan minggu bekerja 40 jam.

--BERNAMA-XINHUA





#Korea Selatan #gaji minimum #kenaikan gaji #tangga gaji baharu