Korea Selatan perkenal 'drone taxi'

Astro Awani
November 11, 2021 22:15 MYT
Kementerian Pengangkutan negara itu menampilkan teknologi berkenaan di Lapangan Terbang Gimpo di Seoul pada Khamis. - Foto AP
SEOUL: Korea Selatan melangkah ke hadapan dalam bidang penciptaan dan teknologi apabila memperkenalkan prototaip perkhidmatan penghantaran penumpang menggunakan dron.
Kementerian Pengangkutan negara itu menampilkan teknologi berkenaan di Lapangan Terbang Gimpo di Seoul pada Khamis.
Dron itu adalah generasi baharu dalam sistem pengangkutan moden untuk masa hadapan.
Dikenali sebagai 'The Urban Air Mobility', dron itu merupakan pengangkutan yang dicipta mesra alam dengan kuasa elektrik.
Korea Selatan merancang untuk mengkomersialkan pengunaan perkhidmatan mobiliti mesra alam itu pada 2025.
#dron #perkhidmatan penghantaran penumpang #The Urban Air Mobility #mesra alam