DUNIA
Korea Selatan seru ASEAN sokong usahanya sambung semula dialog dengan Korea Utara
Chung membuat seruan itu semasa pertemuan makan tengah hari dengan duta dari 11 negara anggota ASEAN yang bertugas di Seoul, termasuk Singapura, Thailand dan Filipina.
SEOUL: Timbalan Menteri Luar Korea Selatan Chung Eui-hae pada Rabu menyeru Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) supaya menyokong usaha Seoul untuk menyambung semula dialog dengan Korea Utara, menurut Kementerian Luar, lapor Agensi Berita Yonhap.
Menurut kementerian itu, Chung membuat seruan itu semasa pertemuan makan tengah hari dengan duta dari 11 negara anggota ASEAN yang bertugas di Seoul, termasuk Singapura, Thailand dan Filipina.
Dalam pertemuan itu, Chung menzahirkan penghargaan kepada para pemimpin ASEAN yang menyokong inisiatif "END" Presiden Lee Jae Myung untuk menamatkan permusuhan dan menggalakkan keamanan dengan Korea Utara semasa sidang kemuncak berkaitan ASEAN pada Oktober.
Lee memperkenalkan inisiatif END - "pertukaran" (exchange), "normalisasi" (normalisation) dan "denuclearisation" - sebagai hala tuju dasar utama terhadap Korea Utara ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada September.
Chung turut menegaskan bahawa Korea Selatan sedang berusaha mengukuhkan lagi perkongsian strategik menyeluruh dengan ASEAN, termasuk dengan meluaskan pertukaran antara rakyat serta meningkatkan kerjasama dalam perdagangan dan keselamatan, menurut kementerian itu.
-- BERNAMA