awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan siapkan transkrip rakaman kokpit daripada pesawat malang Jeju Air

Bernama
Bernama
04/01/2025
14:00 MYT
Korea Selatan siapkan transkrip rakaman kokpit daripada pesawat malang Jeju Air
Pasukan penyiasat Korea Selatan dijangka memuktamadkan transkrip perakam suara kokpit (CVR) yang ditemukan daripada serpihan pesawat Jeju Air yang terbakar dalam satu kemalangan, menurut Kementerian Pengangkutan pada Sabtu. - Gambar fail/REUTERS
SEOUL: Pasukan penyiasat Korea Selatan dijangka memuktamadkan transkrip perakam suara kokpit (CVR) yang ditemukan daripada serpihan pesawat Jeju Air yang terbakar dalam satu kemalangan, menurut Kementerian Pengangkutan pada Sabtu.
Menurut Agensi Berita Yonhap, Lembaga Penyiasatan Kemalangan Penerbangan dan Kereta Api di bawah Kementerian Tanah, Infrastruktur, dan Pengangkutan dijangka menyudahkan transkrip CVR itu pada Sabtu sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas nahas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan, Ahad lepas yang meragut nyawa semua kecuali dua daripada 181 penumpang dan anak kapal.
Rakaman itu berpotensi memberikan petunjuk mengenai detik terakhir sebelum nahas, namun kementerian memaklumkan ia tidak akan didedahkan kepada umum sehingga siasatan selesai.
Perakam data penerbangan (FDR) sedang disiapkan sebelum dihantar ke Amerika Syarikat untuk dianalisis, menurut kementerian itu.
Pesawat Jeju Air itu, yang dalam perjalanan dari Bangkok ke Muan mendarat secara perutnya bergeser dengan landasan selepas menghantar panggilan kecemasan sebelum melanggar penghadang konkrit di hujung landasan lapangan terbang itu dan terbakar.
Pegawai Korea Selatan dan Amerika Syarikat, termasuk daripada syarikat pengeluar pesawat, Boeing, sedang berusaha mengenal pasti punca kemalangan itu.
Sesetengah pihak mencadangkan bahawa pelanggaran dengan burung, kegagalan gear pendaratan, serta penghadang konkrit mungkin menjadi faktor penyumbang kepada nahas itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#pesawat
#Jeju Air
#transkrip rakaman kokpit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan