DUNIA

Korea Selatan tamatkan hampir semua sekatan COVID-19

Bernama 11/05/2023 | 03:10 MYT
Yoon semasa mesyuarat tindak balas COVID-19 berkata tempoh kuarantin mandatori tujuh hari untuk pesakit COVID-19 akan dikurangkan kepada lima hari. -Gambar fail/AP
SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Khamis mengisytiharkan bahawa hampir semua sekatan COVID-19 ditamatkan termasuk pengasingan mandatori.

Yoon semasa mesyuarat tindak balas COVID-19 berkata tempoh kuarantin mandatori tujuh hari untuk pesakit COVID-19 akan dikurangkan kepada lima hari, lapor Agensi Berita Yonhap.

Beliau berkata arahan pemakaian pelitup muka dalam bangunan juga akan ditarik balik kecuali di wad hospital manakala tahap krisis COVID-19 akan diturunkan daripada "serius" kepada "berjaga-jaga."

Langkah itu dibuat beberapa hari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu bukan lagi "darurat kesihatan global."

-- BERNAMA
#Korea Selatan #COVID-19 #Yoon Suk Yeol #pelitup muka