Korea Utara mendakwa telah memulakan ujian klinikal untuk membangunkan vaksin COVID-19.

Menurut kenyataan majlis kajian sains Pyongyang pada Sabtu, saintis di Suruhanjaya Sains dan Teknologi telah mengesahkan keselamatan vaksin berkenaan menerusi ujian ke atas haiwan.

Memetik laporan media tempatan, saintis ketika ini sedang dalam perbincangan untuk meneruskan fasa ketiga ujian klinikal tersebut.

Pengkritik bagaimanapun meragui laporan berkenaan kerana pembangunan vaksin memerlukan sistem penjagaan kesihatan yang rapi.

Sehingga kini, Pyongyang menegaskan bahawa tiada kes COVID-19 dikesan di negara itu.

Antara negara yang sedang membangunkan vaksin COVID-19 termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Australia.