Korea Utara dalang di sebalik serangan siber 'WannaCry', kata Amerika

Agensi
Disember 19, 2017 03:14 MYT
Paparan skrin yang menunjukkan tuntutan serangan siber WannaCry daripada firma sekuriti siber Symantec pada 15 Mei 2017. - REUTERS
Korea Utara 'bertanggungjawab sepenuhnya’ ke atas serangan siber ‘WannaCry’, yang telah melumpuhkan operasi hospital-hospital, bank-bank dan beberapa syarikat lain di seluruh dunia awal tahun ini, kata seorang pegawai kanan White House, Isnin.
Memetik laporan Reuters, "Serangan itu dilakukan secara menyeluruh, dan mengakibatkan kerugian berbilion dolar, dan Korea Utara bertanggungjawab sepenuhnya," kata Penasihat Keselamatan Dalam Negeri White House, Tom Bossert, melalui penulisan beliau yang disiarkan di Wall Street Journal.
Bossert berkata, sesiapa sahaja yang memberi ancaman kepada Amerika Syarikat harus dibawa ke muka pengadilan, namun beliau tidak memperincikan apa jenis tindakan yang Washington bakal lakukan melainkan perlaksanaan 'strategi tekanan maksimum' terhadap Pyongyang.
#Amerika Syarikat #AS #keselamatan #Korea Utara #North Korea #operasi #Pyongyang #serangan #serangan siber #Wall Street Journal #Washington #White House