awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng
Bekas jurutera mengaku salah cuba guna wang palsu, curi barang kemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara kecam serangan AS ke atas Venezuela, tuntut pembebasan Maduro

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2026
10:55 MYT
Korea Utara kecam serangan AS ke atas Venezuela, tuntut pembebasan Maduro
Pyongyang menyifatkan serangan ke atas Caracas dan penahanan seorang ketua negara yang sah sebagai tindakan yang tidak boleh diterima dalam masyarakat antarabangsa. -Gambar fail/Reuters
PYONGYANG: Korea Utara mengecam keras tindakan ketenteraan Amerika Syarikat ke atas Venezuela yang membawa kepada penahanan Presiden Nicolás Maduro, menyifatkannya sebagai “pelanggaran kedaulatan paling serius” dan bukti sifat “ganas dan kejam” Washington.

Ringkasan AI
  • Korea Utara mengutuk tindakan AS ke atas Venezuela sebagai pelanggaran kedaulatan yang terang-terangan serta tindakan ganas dan kejam yang menunjukkan campur tangan AS demi kepentingan hegemoninya.
  • Tindakan AS dipersoalkan sebagai pencabulan undang-undang antarabangsa dan prinsip asas PBB yang tidak dapat diterima dalam masyarakat antarabangsa, dengan Korea Utara menuntut pembebasan segera Presiden Maduro dan isterinya.
  • Kecaman ini berlaku dalam konteks bantahan antarabangsa terhadap tindakan AS, dengan beberapa negara lain termasuk China, Rusia, Iran serta negara Amerika Latin mengecam tindakan AS sebagai cubaan menjatuhkan kerajaan sah Venezuela secara paksa.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Kenyataan itu dikeluarkan oleh jurucakap Kementerian Luar Negeri Korea Utara dan disiarkan oleh agensi berita rasmi KCNA pada Sabtu.
“Insiden ini sekali lagi mengesahkan sifat jahat dan kejam Amerika Syarikat yang sentiasa mencampuri urusan dalaman negara lain demi kepentingan hegemoninya,” kata jurucakap itu.
Pyongyang menegaskan tindakan AS sebagai pencabulan terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan prinsip asas Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kenyataan itu menyifatkan serangan ke atas Caracas dan penahanan seorang ketua negara yang sah sebagai tindakan yang tidak boleh diterima dalam masyarakat antarabangsa.
Korea Utara, yang mempunyai sejarah hubungan rapat dengan Venezuela dan pernah menyokong pentadbiran Maduro dalam forum antarabangsa, menyatakan solidariti penuh terhadap rakyat Venezuela dan menuntut pembebasan segera Maduro serta isterinya, Cilia Flores.
Kecaman ini menyusuli gelombang bantahan antarabangsa terhadap tindakan AS, termasuk dari China, Rusia, Iran dan beberapa negara Amerika Latin yang menyifatkan operasi tersebut sebagai cubaan menjatuhkan kerajaan sah Venezuela secara paksa.
Sementara itu, Washington mempertahankan tindakan tersebut sebagai sebahagian daripada usaha membanteras “narco-terrorism” dan menyatakan bahawa Maduro akan dibicarakan di mahkamah persekutuan AS atas pelbagai pertuduhan jenayah.
Ketegangan geopolitik dijangka terus meningkat susulan kenyataan keras dari Pyongyang, dengan penganalisis menjangkakan isu ini akan dibawa ke Majlis Keselamatan PBB dalam masa terdekat.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah reaksi Korea Utara terhadap tindakan Amerika Syarikat terhadap Venezuela? A: Korea Utara mengutuk tindakan Amerika Syarikat terhadap Venezuela sebagai "pelanggaran kedaulatan paling serius" dan bukti sifat "ganas dan kejam" Washington.
  • Q: Mengapa Korea Utara mendakwa tindakan Amerika Syarikat sebagai pencabulan terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa? A: Korea Utara menyifatkan tindakan Amerika Syarikat sebagai pencabulan terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa kerana ia melanggar prinsip asas Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
  • Q: Apakah tindakan yang dituntut oleh Korea Utara bagi menangani isu penahanan Presiden Maduro? A: Korea Utara menuntut pembebasan segera Presiden Maduro dan isterinya, Cilia Flores, serta menyatakan solidariti penuh terhadap rakyat Venezuela.
  • Q: Siapakah negara-negara yang menyokong tindakan Amerika Syarikat terhadap Venezuela? A: China, Rusia, Iran, dan beberapa negara Amerika Latin mengecam tindakan Amerika Syarikat terhadap Venezuela sebagai cubaan menjatuhkan kerajaan sah secara paksa.
  • Q: Apakah alasan yang diberikan oleh Amerika Syarikat untuk tindakan mereka terhadap Venezuela? A: Amerika Syarikat mempertahankan tindakan mereka sebagai sebahagian daripada usaha membanteras "narco-terrorism" dan menyatakan bahawa Maduro akan dibicarakan di mahkamah persekutuan AS atas pelbagai pertuduhan jenayah.

Topic Berkaitan
#Korea Utara
#Venezuela
#Nicolas Maduro
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan