Korea Utara lancar dua peluru berpandu balistik di luar zon ekonomi Jepun

Bernama
Mac 27, 2023 04:40 MYT
Korea Utara dilaporkan menguji peluru berpandu balistik dari kawasan Chunghwa ke Laut Jepun. - Foto fail/AP
TOKYO: Pyongyang pada pagi Isnin melancarkan dua peluru berpandu balistik dari pantai barat, sebelum mendarat di luar zon ekonomi eksklusif Jepun, menurut Kementerian Pertahanan Jepun.
Korea Utara dilaporkan menguji peluru berpandu balistik dari kawasan Chunghwa ke Laut Jepun, Sputnik memetik laporan agensi berita Yonhap, memetik tentera Korea Selatan.
Kementerian pertahanan Jepun memaklumkan bahawa dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan Korea Utara mencapai altitud 50 kilometer (31 batu) dan menjelajah sejauh kira-kira 350 kilometer (217 batu).
-- BERNAMA
#peluru berpandu balistik #Korea Utara #zon ekonomi #laut Jepun