awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara lancar lapan tembakan peluru berpandu jarak dekat - Tentera Korea Selatan

Bernama
Bernama
05/06/2022
04:14 MYT
Korea Utara lancar lapan tembakan peluru berpandu jarak dekat - Tentera Korea Selatan
Ia merupakan pelancaran peluru berpandu ke-18 oleh Korea Utara tahun ini dan ketiga sejak Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol memegang jawatan pada 10 Mei. - REUTERS
SEOUL: Korea Utara melancarkan lapan peluru berpandu balistik jarak dekat ke perairan pantai timurnya pada Ahad, kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan.
Ketua Turus berkata ia mengesan pelancaran dari kawasan Sunan di Pyongyang dari sekitar 9.08 pagi hingga 9.43 pagi waktu tempatan, sambil menambah bahawa tentera Korea Selatan mengekalkan posisi siap siaga penuh dengan kerjasama erat bersama Amerika Syarikat sambil terus memperkukuh pengawasan dan kewaspadaan.
Ia merupakan pelancaran peluru berpandu ke-18 oleh Korea Utara tahun ini dan ketiga sejak Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol memegang jawatan pada 10 Mei, lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita Yonhap.
Pejabat presiden berkata satu mesyuarat majlis keselamatan negara akan diadakan bagi membincangkan mengenai pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#peluru berpandu
#Korea Selatan
#Pyongyang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan