INTERNATIONAL
Korea Utara lancar peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur

Pelancaran berlaku selepas latihan ketenteraan bersama Korea Selatan-AS dan di tengah hubungan ketenteraan yang semakin erat antara Korea Utara dan Rusia. - Gambar fail
SEOUL: Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur pada Khamis, pelancaran pertama seumpamanya sejak Mac, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan tentera Korea Selatan.
Ringkasan AI
- Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur dari Wonsan pada pagi Khamis, dalam ujian pertama sejak Mac.
- Tentera Korea Selatan meningkatkan pengawasan dan berkongsi maklumat dengan Amerika Syarikat dan Jepun bagi menghadapi kemungkinan pelancaran tambahan.
- Pelancaran ini berlaku selepas latihan ketenteraan bersama Korea Selatan-AS dan di tengah hubungan ketenteraan yang semakin erat antara Korea Utara dan Rusia.
"Tentera kami mempertingkatkan pengawasan terhadap kemungkinan pelancaran tambahan dan mengekalkan kesiapsiagaan penuh, sambil berkongsi maklumat berkaitan peluru berpandu balistik Korea Utara dengan Amerika Syarikat dan Jepun," menurut JCS dalam satu kenyataan.
Pelancaran itu berlaku kira-kira dua bulan selepas Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat yang disyaki pada 10 Mac lalu, serentak dengan latihan ketenteraan bersama antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).
Ia juga merupakan pelancaran peluru berpandu balistik kedua sejak Presiden AS, Donald Trump kembali ke Rumah Putih pada Januari lalu.
Setakat tahun ini, Korea Utara dilihat mengelak daripada melakukan provokasi jarak jauh atau tindakan ketenteraan berprofil tinggi, di tengah-tengah hubungan ketenteraan yang semakin erat dengan Rusia serta lebih memberi tumpuan kepada retorik berbanding ujian senjata utama, kata penganalisis.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami