KOREA Utara dilaporkan telah berjaya menguji peluru berpandu, pelancaran kedua dalam masa seminggu, kata pengawal pantai Jepun pada Selasa.
Angkatan tentera negara itu turut mengesahkan pelancaran tersebut tanpa memberi maklumat lanjut.
Rabu lepas, Korea Utara berkata ia berjaya menguji peluru berpandu hipersonik yang mengenai sasaran sejauh 700 km dengan tepat.
Ia merupakan ujian peluru berpandu hipersonik kedua yang disahkan Korea Utara selepas melancarkan Hwasong-8 pada September.
Ujian terbaharu ini dilakukan sehari selepas Amerika Syarikat, Perancis, Ireland, Jepun, United Kingdom dan Albania mengeluarkan kenyataan bersama mengecam pelancaran minggu lalu.
BACA: Korea Utara: Ujian peluru berpandu hipersonik berjaya
"Ujian peluru berpandu ini meningkatkan risiko serta mengancam kestabilan serantau.
"Perbuatan ini tidak meningkatkan kebolehan Korea Utara sebaliknya memperluaskan pasaran gelap senjata seluruh dunia ," kata Duta AS kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Linda Thomas-Greenfield dalam satu kenyataan pada Isnin.
Thomas-Greenfield turut mengulangi desakan untuk Korea Utara kembali kepada meja rundingan dan menghentikan program senjata nuklearnya.
Sebelum ini Korea Utara berkata negara itu bersedia kembali ke meja rundingan hanya jika Amerika Syarikat dan negara lain menarik balik sekatan terhadapnya serta menghentikan latihan ketenteraan.
Astro Awani
Tue Jan 11 2022
Korea Utara melepaskan peluru berpandu pada Selasa, tidak sampai seminggu selepas mendakwa telah menguji peluru berpandu hipersonik.- Twitter @nknewsorg
[LAPOR LANGSUNG] Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
AS lebih waras bertindak balas terhadap tindakan Iran serang Israel - Penganalisis
Amerika Syarikat menunjukkan sikap yang lebih waras dalam mengendalikan insiden serangan balas Iran terhadap pengeboman Israel terhadap kedutaannya di Damsyik.
Israel dakwa serangan terbaharu Iran 'gagal'
Serangan semalaman Iran yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel telah 'digagalkan' kata tentera Israel.
Iran lancar lebih 200 dron ke Israel
Tentera Israel berkata bahawa puluhan pelancaran peluru berpandu permukaan telah dikenal pasti menghampiri wilayah Israel.
7 maut Konsulat Iran di Syria dibom peluru berpandu, Israel didakwa bertanggungjawab
Seorang komander tertinggi Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dan enam pegawai lain terbunuh dalam serangan peluru berpandu yang dipercayai dilakukan Israel ke atas Konsulat Iran di Damsyik.
Zelensky lobi lebih banyak bantuan daripada AS dalam pertemuan dengan ahli perwakilan rakyat
Zelensky meminta bantuan bernilai berbilion-bilion lagi daripada Amerika Syarikat (AS) bagi mempertingkatkan keupayaan pertahanan Kyiv, pada pertemuan dengan ahli dewan perwakilan dari Washington.
Kumpulan Houthi lancar enam peluru berpandu di Laut Merah - Centcom
Kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman melancarkan enam peluru berpandu di selatan Laut Merah dan Teluk Aden pada Selasa.
Houthi lancar peluru berpandu balistik di Israel
Houthi melancarkan peluru berpandu balistik di bandar Israel, Eilat pada Jumaat.
Korea Utara uji peluru berpandu krus strategik terbaharu
Pelancaran "Pulhwasal-3-31" sekali gus menandakan pelancaran peluru berpandu krus strategik terbaharu oleh Korea Utara sejak September tahun lalu.