DUNIA

Korea Utara lancar peluru berpandu selepas lawatan Hegseth, Seoul anggap provokasi

Astro Awani 07/11/2025 | 10:40 MYT
Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat ke arah timur Korea Selatan beberapa hari selepas lawatan rasmi Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hegseth (kiri) ke Seoul. -Gambar fail/Reuters
SEOUL: Korea Utara telah melancarkan sekurang-kurangnya satu peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah timur negara itu pada Jumaat, hanya beberapa hari selepas lawatan rasmi Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hegseth ke Seoul bagi rundingan keselamatan tahunan.


Ringkasan AI
  • Korea Utara melancarkan peluru berpandu jarak dekat ke arah timur negara tersebut hanya beberapa hari selepas lawatan rasmi Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hegseth ke Seoul.
  • Peluru berpandu dilaporkan dilancarkan dari kawasan Taegwan di Pyongan Utara, terbang sejauh 700 kilometer sebelum jatuh ke Laut Timur, dan Jepun menyatakan peluru itu mendarat di luar zon ekonomi eksklusifnya.
  • Tindakan pelancaran ini berlaku selepas Presiden Donald Trump memberi kebenaran Korea Selatan untuk membina kapal selam berkuasa nuklear, menimbulkan ketegangan baru di rantau itu serta disifatkan sebagai provokasi yang mengancam kestabilan serantau.


Menurut Ketua Turus Bersama Korea Selatan, peluru berpandu tersebut dipercayai dilancarkan dari kawasan Taegwan di wilayah Pyongan Utara sekitar jam 12.35 tengah hari dan terbang sejauh kira-kira 700 kilometer sebelum jatuh ke Laut Timur, yang juga dikenali sebagai Laut Jepun.

Jepun turut mengesahkan pelancaran itu dan menyatakan peluru berpandu berkenaan mendarat di luar zon ekonomi eksklusif negara itu.

Pelancaran ini berlaku hanya seminggu selepas Presiden Donald Trump memberi kebenaran kepada Korea Selatan untuk membina kapal selam berkuasa nuklear, satu langkah yang dilihat pemerhati sebagai pencetus ketegangan baharu di rantau itu.

Pyongyang sebelum ini turut melepaskan 10 peluru artileri ke arah perairan barat Korea Selatan, sehari sebelum Hegseth tiba di sempadan untuk lawatan rasmi ke Zon Bebas Tentera (DMZ) bersama Menteri Pertahanan Korea Selatan, Ahn Gyu-back.

Pihak berkuasa Korea Selatan dan Amerika Syarikat telah memantau persiapan pelancaran tersebut lebih awal dan berjaya mengesan serta menjejak peluru berpandu berkenaan semasa ia berada di udara.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan akibat pelancaran tersebut, namun Seoul menyifatkan tindakan itu sebagai provokasi berterusan yang mengancam kestabilan serantau.





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menyebabkan Korea Utara melancarkan peluru berpandu ke arah timur negara itu baru-baru ini?
    A: Peluru berpandu dilancarkan hanya beberapa hari selepas lawatan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat ke Seoul bagi rundingan keselamatan tahunan.
  • Q: Berapa jarak yang dilaporkan peluru berpandu tersebut terbang sebelum jatuh ke Laut Timur?
    A: Peluru berpandu dipercayai terbang sejauh kira-kira 700 kilometer sebelum jatuh ke Laut Timur.
  • Q: Apa tindakan yang diambil oleh pihak Korea Selatan dan Amerika Syarikat berhubung dengan pelancaran peluru berpandu tersebut?
    A: Pihak berkuasa Korea Selatan dan Amerika Syarikat telah memantau persiapan pelancaran dan berjaya menjejak peluru berpandu tersebut sebelum jatuh ke Laut Timur.
  • Q: Apakah yang dilihat sebagai pencetus ketegangan baharu di rantau itu berikutan pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara?
    A: Presiden Donald Trump memberi kebenaran kepada Korea Selatan untuk membina kapal selam berkuasa nuklear, yang dilihat sebagai pencetus ketegangan baharu di rantau itu berikutan pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara.
  • Q: Adakah terdapat laporan mengenai kerosakan atau kecederaan akibat pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara baru-baru ini?
    A: Sehingga kini, tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan akibat pelancaran peluru berpandu tersebut, namun tindakan tersebut disifatkan sebagai provokasi berterusan yang mengancam kestabilan serantau.



#Korea Utara #Korea Selatan #peluru berpandu jarak dekat #Pete Hegseth