awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara lancar peluru berpandu selepas Presiden Korea Selatan setuju sesi dialog

Agensi
Agensi
14/05/2017
03:08 MYT
Korea Utara lancar peluru berpandu selepas Presiden Korea Selatan setuju sesi dialog
Peluru berpandu ditembak dari kawasan Kusong, barat laut Pyongyang, di mana Korea Utara pada Februari telah berjaya menguji pelancaran peluru berpandu jarak sederhana yang dipercayai sedang dibangunkan. - Gambar fail
Korea Utara melepaskan tembakan peluru berpandu sejauh 700 kilometer pada pagi Ahad, hanya beberapa hari selepas pemimpin baharu Korea Selatan yang dilantik berikrar akan mengadakan sesi dialog dengan Pyongyang.
Reuters melaporkan, peluru berpandu itu ditembak dari kawasan Kusong, barat laut Pyongyang, iaitu tempat Korea Utara berjaya menguji pelancaran peluru berpandu jarak sederhana yang dipercayai sedang dibangunkan.
Jepun dalam kenyataannya menyebut peluru berpandu itu mencapai altitud lebih 2,000 kilometer dan meluncur 30 minit sebelum jatuh ke dalam laut di antara pantai timur Korea Utara dan Jepun.
Komander Kawalan Pasifik berkata mereka sedang menilai jenis peluru berpandu itu tetapi ia 'tidak sama dengan peluru berpandu balistik antara benua'.
Pihaknya juga komited sepenuhnya untuk bekerjasama dengan Korea Selatan bersama Jepun dan sekutunya untuk mengekalkan keselamatan, kata seorang jurucakap.
Presiden Korea Selatan Moon Jae-in yang dilantik pada Rabu, telah mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara pertama selepas bergelar Presiden, sebagai respon kepada pelancaran peluru berpandu terbaharu Korea Utara, yang dianggap sebagai satu 'pencabulan jelas' ke atas resolusi Majlis Keselamatan PBB.
Moon memenangi pilihan raya pada Selasa menerusi pendekatan sederhana ke atas Korea Utara, dan bersedia ke Pyongyang jika situasinya sesuai, untuk mengadakan sesi dialog membincangkan bantahan masyarakat antarabangsa.
Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe memberitahu pemberita pada Ahad yang pelancaran peluru berpandu yang berulang oleh Korea Utara merupakan satu 'ancaman serius kepada Jepun dan ternyata ia pencabulan nyata ke atas resolusi PBB'.
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Korea Utara
#peluru berpandu
#Pyongyang
#sesi dialog
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan