DUNIA
Korea Utara padam jejak Kim Jong Un selepas pertemuan dengan Putin
Kim Jong Un (kiri) dan Vladimir Putin (kanan) mengadakan pertemuan di Beijing, China pada 3 September 2025. -Gambar fail/Reuters
SEOUL: Korea Utara dilapor mengambil langkah luar biasa untuk memadamkan semua jejak kehadiran Pemimpin Tertinggi Kim Jong Un selepas pertemuan rasmi dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Beijing pada 3 September.
Ringkasan AI
Menurut laporan media antarabangsa dan rakaman video yang dikongsi oleh wartawan Kremlin, Alexander Yunashev, dua pegawai Korea Utara dilihat secara teliti membersihkan setiap permukaan yang disentuh oleh Kim, termasuk menyental penyandar dan pemegang kerusi, serta mengangkat gelas minuman beliau dari meja perbincangan.
Tindakan itu dipercayai sebahagian daripada protokol keselamatan ketat yang diamalkan Korea Utara sejak era mendiang Kim Jong Il, bertujuan mengelak sebarang pengumpulan bahan biologi seperti rambut, kulit, atau air liur yang boleh dianalisis oleh agensi perisikan asing.
“Langkah ini bukan sahaja untuk melindungi privasi pemimpin, tetapi juga untuk mengelakkan sebarang pendedahan terhadap keadaan kesihatan beliau,” kata Michael Madden, pakar kepimpinan Korea Utara dari Stimson Center, Amerika Syarikat.
Kim Jong Un dilapor tiba di Beijing dengan kereta api khas dilengkapi tandas peribadi, satu lagi langkah untuk mengelak kebocoran data biometrik.
Selepas rundingan selama lebih dua jam, kedua-dua pemimpin dilihat beredar dan menikmati sesi minum teh bersama.
Pertemuan tersebut berlangsung sempena sambutan ulang tahun ke-80 tamatnya Perang Dunia Kedua di Asia, dan menandakan pengukuhan hubungan dua hala antara Pyongyang dan Moscow.
Kim turut menyatakan komitmen penuh terhadap Rusia, menyifatkan sokongan itu sebagai “tanggungjawab persaudaraan”.
Ringkasan AI
- Korea Utara padam semua jejak Kim Jong Un selepas pertemuan dengan Putin di Beijing pada 3 September.
- Pegawai Korea Utara bersihkan permukaan yang disentuh Kim, elak pengumpulan bahan biologi untuk tujuan risikan.
- Pertemuan tandakan pengukuhan hubungan Pyongyang-Moscow sempena ulang tahun ke-80 tamatnya Perang Dunia Kedua di Asia.