awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara semakin hampir siapkan peluru berpandu antara benua

Agensi
Agensi
01/01/2017
11:43 MYT
Korea Utara semakin hampir siapkan peluru berpandu antara benua
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berkata, penyelidikan dan pembangunan kini giat dijalankan dan penyediaan roket ujian ICBM kini pada fasa akhir. - Foto Reuters
Korea Utara dilaporkan bakal melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang pertama buat negara itu dalam tahun ini.
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berkata, penyelidikan dan pembangunan kini giat dijalankan dan penyediaan roket ujian ICBM kini pada fasa akhir.
“Ujian serta penyelidikan ICBM kini di fasa terakhir dan sedang dijalankan secara aktif,” katanya dalam ucapan Tahun Baharu di stesen televisyen tempatan.
Menurut pemerhati senjata, ujian peluru berpandu balistik itu belum pernah dijalankan Korea Utara tetapi tahun 2016 menjadi tahun pembangunan teknologi tersebut.
Senjata itu dilihat mempunyai kemampuan menyerang sehingga ke Amerika Syarikat.
Korea Utara telah dikenakan sekatan di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sejak 2006 akibat ujian peluru berpandu dan balistik namun, ia diperketatkan selepas Pyongyang menjalankan ujian nuklear kelimanya dan terbesar dalam sejarah pada 9 September 2016.
Februari tahun lalu juga menyaksikan negara nuklear paling terpencil itu melancarkan satelit ke angkasa lepas sebagai salah satu ujian jarak jauh dalam teknologi peluru berpandu balistik.
Topic Berkaitan
#ICBM
#Kim Jong Un
#Korea Utara
#peluru berpandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan