[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
DUNIA

Korea Utara terima tawaran rundingan Korea Selatan

Astro Awani 05/01/2018 | 01:58 MYT
Bendera Korea Utara dilihat berkibar di puncak sebuah menara di satu kampung di Korea Utara. REUTERS / Fail
Korea Utara dan Korea Selatan akan mengadakan rundingan rasmi pada 9 Januari, menurut kementerian penyatuan Korea Selatan pada Jumaat.
Ia susulan Pyongyang mengeluarkan kenyataan menerima tawaran Seoul untuk mengadakan rundingan minggu depan.
Agenda yang akan dibincangkan termasuk Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang serta isu-isu kepentingan bersama, menurut jurucakap kementerian, Baik Tae-hyun.
#Korea Selatan #Korea Utara #rundingan