Korea Utara tidak serik, lancar peluru berpandu lagi

Astro Awani
Januari 17, 2022 21:52 MYT
Ujian itu dijalankan bagi menilai kualiti peluru berpandu taktikal berkenaan serta kebolehannya mengena sasaran dengan tepat. - Foto REUTERS
SEOUL: Korea Utara melancarkan peluru berpandu taktikal pada Isnin susulan beberapa ujian baru-baru ini, lapor agensi berita KCNA pada Selasa.
Ujian itu susulan pelancaran dua peluru berpandu balistik jarak dekat dari lapangan terbang di Pyonyang.
Ujian peluru berpandu terbaharu itu dijalankan Akademi Sains Pertahanan di bahagian barat negara itu yang dilaporkan mengenai sasaran di sebuah pulau pada bahagian timur dengan tepat.
"Ujian itu dijalankan bagi menilai kualiti peluru berpandu taktikal berkenaan serta kebolehannya mengena sasaran dengan tepat," kata KCNA.
#peluru berpandu #Korea Utara #lapangan terbang #Akademi Sains Pertahanan