DUNIA
Korea Utara tuduh Korea Selatan lepaskan tembakan amaran dekat sempadan
Sebuah pos kawalan tentera Korea Utara (atas kiri) dan askar tentera Korea Selatan (bawah kanan) kelihatan dari Paju, Korea Selatan berhampiran sempadan dengan Korea Utara, pada 12 Jun 2025. - Gambar fail AP
SEOUL: Korea Utara pada Sabtu (23 Ogos) menuduh tentera Korea Selatan melepaskan tembakan amaran ke arah tenteranya berhampiran sempadan yang dikawal ketat, sekali gus memberi amaran bahawa tindakan itu boleh mencetuskan ketegangan ke tahap “tidak terkawal”.
Insiden itu berlaku pada Selasa lalu ketika tentera Korea Utara sedang menjalankan kerja-kerja menutup sempadan yang memisahkan Semenanjung Korea, menurut laporan agensi berita rasmi Pyongyang, Korean Central News Agency (KCNA) yang memetik kenyataan Leftenan Jeneral Ko Jong Chol.
Menyifatkan kejadian itu sebagai “provokasi serius”, Ko mendakwa, tentera Korea Selatan melepaskan lebih 10 das tembakan amaran menggunakan mesingan ke arah tenteranya.
“Ini adalah pendahuluan yang sangat serius yang pasti akan mendorong keadaan di kawasan sempadan selatan ke tahap yang tidak terkawal,” katanya.
Setakat ini, pihak tentera Korea Selatan belum mengeluarkan sebarang pengesahan berhubung dakwaan tersebut.
Konfrontasi di sempadan antara kedua-dua negara itu bukan pertama kali berlaku. Pada April lalu, tentera Korea Selatan melepaskan tembakan amaran selepas kira-kira 10 askar Korea Utara dikesan menceroboh seketika di Zon Bebas Tentera (DMZ) yang memisahkan kedua-dua negara.
Tahun lalu, Pyongyang mengumumkan usaha untuk menutup sepenuhnya sempadan selatan, termasuk meletupkan bahagian jalan raya dan landasan kereta api lama yang pernah menghubungkan kedua-dua Korea, namun kini tidak lagi digunakan.
Ko turut memberi amaran, tenteranya akan bertindak balas jika terdapat cubaan menghalang usaha menutup sempadan itu.
“Jika tindakan menghalang atau menyekat projek yang tidak berkaitan aspek ketenteraan ini berterusan, tentera kami akan menganggapnya sebagai provokasi ketenteraan yang disengajakan dan akan mengambil langkah balas sewajarnya,” tegasnya. - Agensi