awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara uji peluru berpandu hipersonik bahan api pepejal

Agensi
Agensi
14/01/2024
23:00 MYT
Korea Utara uji peluru berpandu hipersonik bahan api pepejal
Korea Utara melancarkan ujian terbaharu peluru berpandu hipersonik bahan api pepejal baharu dengan jarak pertengahan. - Gambar fail REUTERS
SEOUL: Korea Utara melancarkan ujian terbaharu peluru berpandu hipersonik bahan api pepejal baharu dengan jarak pertengahan, lapor media kerajaan pada Isnin.
Pelancaran peluru berpandu pada Ahad juga tidak menimbulkan ancaman keselamatan kepada negara jiran, kata agensi berita negara KCNA.
Sebaliknya, pelancaran itu bertujuan untuk menguji kebolehpercayaan enjin bahan api pepejal pelbagai peringkat yang berkemampuan tinggi serta hulu ledak terkawal hipersonik jarak pertengahan, menurut KCNA.
Pada hari sama, delegasi yang diketuai oleh Menteri Luar, Choe Son Hui menuju ke Rusia meninggalkan Pyongyang pada Ahad, lapor KCNA.
Pelancaran peluru berpandu dan lawatan delegasi ke Rusia berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat antara kedua-dua Korea berikutan siri pelancaran peluru berpandu balistik antara benua Pyongyang dan satelit pengintip tentera pertamanya serta mengeratkan hubungan antara Pyongyang dan Moscow yang membimbangkan Washington dan sekutunya.
Tentera Korea Selatan berkata peluru berpandu Ahad, yang dilancarkan dari kawasan Pyongyang sekitar 2.55 petang (0555 GMT), terbang kira-kira 1,000 kilometer (km) dari pantai timur negara itu manakala Kementerian Pertahanan Jepun berkata, ketinggian maksimum adalah sekurang-kurangnya 50 km.
Pyongyang sebelum ini berkata, ia menguji enjin bahan api pepejal baharunya untuk peluru berpandu balistik perantaraan pada 11 Nov dan 14 Nov. - Agensi
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#peluru berpandu hipersonik
#enjin bahan api pepejal
#Pyongyang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan