Koronavirus: 1,287 kes di China, jumlah kematian meningkat kepada 41

Astro Awani
Januari 25, 2020 01:26 MYT
Seorang anak kecil memakai topeng bagi mengelak penularan wabak koronavirus di stesen kereta api laju Hong Kong West Kowloon, 23 Jan, 2020. REUTERS
Suruhanjaya Kesihatan Nasional China melaporkan peningkatan kes positif koronavirus kepada 1,287 kes, dengan jumlah kematian tercatat sebanyak 41.
Menurut agensi berita AP, jumlah itu datang dari 29 wilayah merentasi China, termasuk 237 dilaporkan berada dalam keadaan serius.
Kesemua 41 kematian itu berlaku di China, termasuk 39 di wilayah Hubei, yang dikatakan pusat penularan virus berkenaan, satu di Hebie dan satu lagi di Heilongjiang.
BACA: Koronavirus: China catat 26 kematian
BACA: Koronavirus: Tiga kes pertama disahkan di Eropah
BACA: Australia rekod kes koronavirus pertama
Sementara itu Perancis mengumumkan tiga warganegaranya telah dijangkiti virus itu, kes yang pertama seumpamanya di Eropah.
Manakala Amerika Syarikat mengumumkan kes keduanya, termasuk seorang wanita Chicago yang dalam lingkungan umur 60an, telah dimasukkan ke dalam bilik pengasingan selepas kembali dari China.
BACA: Wanita Chicago kes kedua positif koronavirus di Amerika Syarikat
#Amerika Syarikat #China #eropah #jangkitan #kesihatan #koronavirus #Perancis #serius