DUNIA

Koronavirus: Bayi 1 hari mangsa termuda dijangkiti

Agensi 06/02/2020 | 23:41 MYT
Seorang bayi di Wuhan dilaporkan positif koronavirus selepas 30 jam dilahirkan, sekali gus menjadikan mangsa termuda yang direkodkan dijangkiti wabak tersebut. -Gambar fail
Seorang bayi di Wuhan dilaporkan positif koronavirus selepas 30 jam dilahirkan, sekali gus menjadikan mangsa termuda yang direkodkan dijangkiti wabak tersebut.

Bayi itu dilahirkan pada 2 Februari lalu dengan berat 3.25 kilogram (kg).

Menurut laporan media tempatan CCTV, bayi yang dijangkiti itu tidak demam atau batuk tetapi mengalami sesak nafas.

Imbasan X-ray pada dada bayi berkenaan menunjukkan tanda jangkitan dan ketaknormalan fungsi hati.

Bagaimanapun, bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dan di bawah pemantauan.

[LAPOR LANGSUNG] Lebih 600 maut di seluruh dunia

Difahamkan, ibu bayi berkenaan disahkan positif koronavirus sebelum melahirkan anaknya.

Menurut pakar di Jabatan Neonatal di Hospital Kanak-Kanak Wuhan, Dr Zeng Lingkong, bayi itu berkemungkinan dijangkiti virus tersebut ketika berada di dalam kandungan ibunya.

“Si ibu mungkin menjadi 'laluan' kepada anak untuk pemindahan (wabak) koronavirus,” katanya.


#bayi #coronavirus #Hospital Kanak-Kanak Wuhan #Kanak-kanak #mangsa termuda #Zeng Lingkong