Koronavirus: China catat 26 kematian

Nailah Huda
Januari 24, 2020 06:00 MYT
Rakyat dilihat memakai topeng muka di stesen keretapi di Shanghai, China pada 23 Januari 2020. Foto - REUTERS.
MEDIA tempatan China, Xinhua pada Jumaat melaporkan bahawa angka kematian akibat penularan koronavirus meningkat kepada sekurang-kurangnya 26 manakala kes jangkitan meningkat kepada 830.
Namun, menurut ketua pengarang akhbar Global Times Hu Xijin menerusi Twitter, angka kematian yang dicatatkan adalah 26 dan jumlah kes pesakit jangkitan pula adalah 860.
Kata beliau, hampir separuh daripada mangsa yang terkorban berusia lebih 80 tahun manakala pesakit muda pula kebanyakannya dilaporkan semakin pulih.

Nervous sentiment is spreading in China. 830 cases of coronavirus have been reported. Among 26 deaths, nearly half are aged above 80. Good news is some relatively young patients are getting better.

— Hu Xijin (@HuXijin_GT) January 24, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain di Wuhan, pengangkutan awam turut digantung dalam sekurang-kurangnya enam bandar lain dalam wilayah Hubei.
Ini termasuk Huanggang, Ezhou, Zhijiang dan Chibi yang kesemuanya menempatkan lebih sembilan juta penduduk.
Dua kematian dilaporkan berlaku di luar Wuhan, iaitu di Hebei dan Heilongjiang.
Walaupun kadar kematian dan jangkitan yang meningkat membimbangkan masyarakat dunia, namun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis mengumumkan bahawa penularan virus itu masih belum berada pada tahap kecemasan.
“Jangan salah faham, ia satu kecemasan di China, tetapi bukan di peringkat global buat masa ini,” kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.
BACA: Koronavirus: Terlalu awal untuk isytihar kecemasan kesihatan global - WHO
Menurut kenyataan WHO, mereka telah dimaklumkan mengenai penyebaran virus tersebut di Jepun, Korea, Thailand, dan juga berkemungkinan di Singapura.
#angka kematian #China #kesihatan #koronavirus #koronavirus merebak di Johor #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #WHO