Koronavirus: Tiga lagi penumpang Diamond Princess positif

Astro Awani
Februari 8, 2020 02:40 MYT
Kapal Diamond Princess berlabuh di Pelabuhan Yokohama, dekat Tokyo, 7 Feb, 2020. (Foto AP)
TIGA lagi penumpang di atas kapal persiaran Diamond Princess di Jepun terpaksa dikuarantin setelah didapati positif koronavirus baru, menjadikan jumlah keseluruhannya 64 orang dijangkiti di atas kapal itu.
Perkara itu disahkan Kementerian Kesihatan Jepun pada Sabtu menerusi laman web rasmi miliknya.
Bagaimanapun, kewarganegaraan ketiga-tiga kes baru itu belum didedahkan setakat ini.
Daripada enam orang yang baru menjalani saringan kesihatan, tiga didapati positif novel koronavirus, juga dikenali sebagai 2019-nCoV, kata kementerian itu.
Ketiga-tiga pesakit yang baru disahkan itu telah dimasukkan ke sebuah kemudahan perubatan.
BACA: Koronavirus: 41 lagi penumpang kapal persiaran positif
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Koronavirus Lebih 700 maut di seluruh dunia
#coronavirus #Diamond Princess #Jepun #kapal persiaran #Kementerian Kesihatan #koronavirus