awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kotak hitam pesawat tentera Libya terhempas ditemukan

Astro Awani
Astro Awani
24/12/2025
09:30 MYT
Kotak hitam pesawat tentera Libya terhempas ditemukan
Pasukan penyelamat berjaya menemukan perakam suara dan data penerbangan di lokasi nahas. -Foto fail/AP
ANKARA: Pihak berkuasa Turkiye mengesahkan penemuan kotak hitam dan perakam suara kokpit pesawat tentera Libya yang terhempas di daerah Haymana berhampiran Ankara pada Selasa.

Ringkasan AI
  • Pihak berkuasa Turki mengesahkan penemuan kotak hitam dan perakam suara kokpit pesawat tentera Libya yang terhempas berhampiran Ankara.
  • Pesawat jenis Dassault Falcon 50 itu dilaporkan mengalami kegagalan elektrik sebelum terhempas di kawasan Haymana, selatan Ankara, membawa delegasi Libya termasuk Ketua Turus Tentera Jeneral Muhammad Ali Ahmad al-Haddad.
  • Pihak berkuasa Turki sedang menjalankan siasatan menyeluruh terhadap punca nahas, termasuk kegagalan teknikal atau faktor cuaca buruk, dalam konteks hubungan pertahanan yang semakin erat antara Turki dan Libya.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya, memaklumkan pasukan penyelamat berjaya menemukan perakam suara dan data penerbangan (FDR) di lokasi nahas.
“Proses analisis dan penilaian terhadap peranti ini sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berkaitan,” katanya kepada media di lokasi kejadian.
Pesawat jenis Dassault Falcon 50 itu berlepas dari Lapangan Terbang Esenboğa, Ankara, dan dilaporkan mengalami kegagalan elektrik sebelum cuba melakukan pendaratan kecemasan.
Bagaimanapun, pesawat terputus hubungan dan disahkan terhempas di kawasan Haymana, selatan Ankara.
Delegasi Libya dioketuai Ketua Turus Tentera Jeneral Muhammad Ali Ahmad al-Haddad yang menaiki pesawat tersebut dilaporkan baru sahaja selesai menghadiri rundingan pertahanan peringkat tinggi di Ankara dan dalam perjalanan pulang ke Tripoli.
Selain Jeneral al-Haddad, empat pegawai kanan tentera dan tiga anak kapal turut terkorban.
Pihak berkuasa Turkiye telah melancarkan siasatan menyeluruh terhadap punca nahas, termasuk kemungkinan kegagalan teknikal atau faktor cuaca buruk, memandangkan laporan awal menyebut hujan lebat dan kabus tebal di kawasan kejadian pada malam kejadian.
Insiden berlaku ketika hubungan pertahanan di antara Turkiye dan Libya semakin erat, khususnya dalam konteks kerjasama keselamatan dan latihan ketenteraan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang telah ditemui oleh pasukan penyelamat berhubung nahas pesawat tentera Libya berhampiran Ankara? A: Pasukan penyelamat telah menemui kotak hitam dan perakam suara kokpit pesawat tentera Libya yang terhempas.
  • Q: Siapakah delegasi Libya yang terlibat dalam nahas pesawat tersebut? A: Delegasi Libya dikepalai oleh Ketua Turus Tentera Jeneral Muhammad Ali Ahmad al-Haddad, bersama empat pegawai kanan tentera dan tiga anak kapal.
  • Q: Apakah laporan awal mengenai keadaan cuaca semasa berlakunya nahas tersebut? A: Laporan awal menyebutkan bahawa terdapat hujan lebat dan kabus tebal di kawasan kejadian pada malam nahas berlaku.

Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#perakam suara kokpit
#pesawat tentera Libya
#Muhammad Ali Ahmad al-Haddad
#kotak hitam
#Haymana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan