awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KP WHO dianugerah pingat Olimpik

Bernama
Bernama
21/06/2023
22:50 MYT
KP WHO dianugerah pingat Olimpik
Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah WHO. - Gambar fail
LAUSANNE (Switzerland): Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Thomas Bach menganugerahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Piala Olimpik bagi 2021 dengan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus dianugerahkan Pingat Olimpik di sini pada Selasa, lapor Xinhua.
"Bantuan WHO sangat penting untuk Sukan Olimpik ini (Olimpik Tokyo 2020 dan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022). Tanpa bantuan daripada WHO, Sukan Olimpik ini tidak mungkin dianjurkan dengan cara yang selamat untuk semua peserta," kata Bach selepas majlis di Rumah Olimpik.
Bach menyifatkan Ghebreyesus sebagai "saudara" atas bantuan dan nasihatnya semasa pandemik COVID-19 untuk menganjurkan Sukan Olimpik di Tokyo pada 2021.
Mengulas anugerah diterimanya, Ketua Pengarah WHO itu berkata: "Saya berterima kasih khususnya kepada pasukan perhimpunan besar-besaran WHO di Geneva, yang menyokong kuat kedua-dua jawatankuasa penganjur Tokyo dan Beijing untuk mengadakan Sukan Olimpik dengan selamat dan berjaya semasa pandemik COVID-19. Kedua-dua anugerah ini mencerminkan komitmen WHO untuk menjadikan sukan lebih sihat dan selamat."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Olimpik
#anugerah
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
#Thomas Bach
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan