awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai

Bernama
Bernama
23/12/2024
23:00 MYT
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Menurut laporan, Asma al-Assad telah menyatakan "rasa tidak puas hati" dengan kehidupannya di Moscow dan berhasrat untuk berpindah ke London. - Foto REUTERS
ISTANBUL: Kremlin pada Isnin menafikan laporan media bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan Bashar al-Assad, yang berasal dari Britain, memohon perceraian dan merancang untuk meninggalkan Rusia, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Tidak, itu tidak sesuai dengan realiti," kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov kepada wartawan di ibu negara Rusia, Moscow sebagai respons kepada soalan mengenai perkara itu.
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia, yang pasangan itu telah diberikan suaka oleh Presiden Vladimir Putin selepas pasukan anti-rejim menguasai ibu negara Syria, Damsyik pada 8 Dis.
Menurut laporan, Asma al-Assad telah menyatakan "rasa tidak puas hati" dengan kehidupannya di Moscow dan berhasrat untuk berpindah ke London.
Assad, yang merupakan pemimpin Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia selepas kumpulan anti-rejim menguasai Damsyik, menamatkan rejim Parti Baath yang berkuasa selama 61 tahun, sejak 1963.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bashar al-Assad
#isteri
#cerai
#Asma al-Assad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan