awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kremlin sahkan persiapan sidang kemuncak Trump-Putin sedang berjalan

Bernama
Bernama
07/08/2025
12:36 MYT
Kremlin sahkan persiapan sidang kemuncak Trump-Putin sedang berjalan
Trump dilaporkan mahu bertemu Putin bagi membincangkan penamatan perang di Ukraine, menurut sumber kerajaan Jerman pada Rabu. - Reuters
MOSCOW: Kremlin pada Khamis mengesahkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin akan mengadakan pertemuan, dan persiapan bagi sidang kemuncak itu sedang dijalankan dalam beberapa hari akan datang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Penasihat dasar luar Putin, Yuri Ushakov, mengesahkan perkara itu seperti dilaporkan agensi berita Rusia, Interfax.
Trump dilaporkan mahu bertemu Putin bagi membincangkan penamatan perang di Ukraine, menurut sumber kerajaan Jerman pada Rabu susulan perbualan antara Presiden AS itu dengan pemimpin Eropah termasuk Canselor Friedrich Merz.
Trump sebelum ini turut menyatakan bahawa Putin dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mungkin akan bertemu "dalam masa terdekat" bagi membincangkan penyelesaian kepada perang antara kedua-dua negara jiran itu.
Bagaimanapun, pengumuman Kremlin tidak menyebut sebarang maklumat mengenai pertemuan dengan Zelensky.
Utusan khas AS Steve Witkoff, turut bertemu Putin selama kira-kira tiga jam di Kremlin pada Rabu, dan Ushakov menyifatkan kunjungan itu sebagai "bermanfaat dan membina", menurut agensi berita rasmi Rusia, TASS.
Konflik bersenjata antara Ukraine dan Rusia telah berlarutan lebih tiga tahun sejak pencerobohan besar-besaran oleh Rusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Vladimir Putin
#sidang kemuncak
#perang ukraine
#Amerika Syarikat
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan