awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KRI Nanggala 402 tidak meletup, tetapi tenggelam - Tentera Laut Indonesia

Astro Awani
Astro Awani
24/04/2021
21:20 MYT
KRI Nanggala 402 tidak meletup, tetapi tenggelam - Tentera Laut Indonesia
Yudo Margono (kiri) dan Panglima TNI Hadi Tjahjanto (tengah) hadir pada sidang media bersama barangan yang ditemui dari kapal selam KRI Nanggala 402, di Bali, 24 April, 2021. (Foto AP)
ANGKATAN Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI) menolak kemungkinan kapal selam KRI Nanggala 402 yang hilang Rabu lalu di Perairan Bali meletup di dasar lautan.
Keyakinan itu dinyatakan Ketua Turus Angkatan Laut TNI, Laksamana Yudo Margono susulan penemuan serpihan yang dipercayai dari kapal selam terbabit.
"Ia tiada kena mengena dengan letupan kerana, sekiranya letupan berlaku, kapal itu pasti musnah sepenuhnya bersama kesemua barangannya," katanya pada satu sidang media di Denpasar, Bali pada Sabtu.
Pada sidang itu, beliau turut menunjukkan barangan yang ditemui dari kapal itu.
Antara barangan yang ditemui dari kapal selam KRI Nanggala 402. (Foto AP)
Antara barangan yang ditemui dari kapal selam KRI Nanggala 402. (Foto AP)
Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal yang membawa 53 anak kapal itu memasuki fasa baharu dengan mengambil kemungkinan kapal itu telah tenggelam dan tiada yang terselamat.
Ia selepas kapal selam buatan Jerman itu dipercayai kehabisan bekalan oksigen pada awal pagi Sabtu selepas hilang lebih 72 jam.
Sementara itu, sebuah pesawat peninjau Amerika, P-8 Poseidon, dan sebuah kapal perang Australia tiba pada awal pagi Sabtu bagi menyertai operasi pencarian.
Beberapa negara lain termasuk Malaysia dan Singapura juga terlibat dalam menyalurkan bantuan dalam operasi mengesan kapal selam terbabit.
Topic Berkaitan
#hilang
#kapal
#KRI Nanggala 402
#kapal selam
#operasi
#tentera
#Indonesia
#letupan
#tenggelam
#meletup
#Laksamana Yudo Margono
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan