awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kris Dayanti, Harvey Malaiholo, Marcell antara calon pilihan raya Indonesia 2024

Agensi
Agensi
13/05/2023
01:30 MYT
Kris Dayanti, Harvey Malaiholo, Marcell antara calon pilihan raya Indonesia 2024
PDIP khususnya mengesahkan 14 selebriti akan bertanding di bawah bendera parti politik itu. - Gambar Instagram
JAKARTA: Artis-artis tersohor Indonesia seperti Kris Dayanti, Rano Karno, Harvey Malaiholo, Marcell Siahaan, Once Mekel dan beberapa nama lain telah mendaftar untuk mencuba nasib sebagai calon Ahli Parlimen dalam Pilihan Umum (Pemilu) 2024.
Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) khususnya mengesahkan 14 selebriti akan bertanding di bawah bendera parti politik itu.
"Ada sekitar 14 dari kalangan budayawan, seniman dan juga artis yang memang terbukti memiliki persaingan yang sangat kuat," kata Setiausaha Agung PDIP, Hasto Kristiyanto seperti dilaporkan portal berita Indonesia.
Kesemua 14 artis yang bertanding atas nama PDIP adalah seperti berikut:
1. Rano Karno 2. Rieke Diah Pitaloka 3. Kris Dayanti 4. Harvey Malaihollo 5. Junico Siahaan 6. Once Mekel 7. Marcell Siahaan 8. Taufik Hidayat Udjo 9. Denny Cagur 10. Tamara Geraldine 11. Sari Yok Koeswoyo Koes Plus 12. Andre Hehanusa 13. Lucky Perdana 14. Roni Sianturi
Menurut Hasto, kesemua calon berkenaan telah menjalani program kepimpinan dan diharap dapat membantu meraih undi daripada rakyat di seluruh wilayah Indonesia.
"Mereka yang dicalonkan telah mengikuti pendidikan politik dan program kepemimpinan dan diingatkan tugas-tugas wakil rakyat haruslah seiring dengan peranan pemimpin nasional dalam membawa kemajuan Indonesia Raya," jelas beliau.
Selain PDIP yang menampilkan 14 artis, sebuah lagi parti politik iaitu Parti Nasional Demokratik (Nasdem) yang dipimpin tokoh elit, Surya Paloh juga tidak ketinggalan memberi peluang kepada sejumlah artis merangkumi penyanyi, pelakon drama, pengarah filem dan pengacara televisyen.
Antaranya ialah pengacara terkenal, Choky Sitohang; penyanyi dangdut, Annisa Bahar; penyanyi Reza Artamevia serta pelakon drama Ali Syakieb.
Topic Berkaitan
#Pilihan Raya Indonesia
#PEMILU 2024
#14 artis calon pilihan raya
#KRIS DAYANTI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan