awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal
Penyelam teknikal masuki feri karam di selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis iklim: 2 bilion penduduk bandar terancam - Laporan PBB

Dzulfitri Yusop
Dzulfitri Yusop
06/11/2024
00:30 MYT
Krisis iklim: 2 bilion penduduk bandar terancam - Laporan PBB
Laporan Bandar Dunia 2024 menjadi bukti betapa pentingnya untuk mengatasi masalah perbandaran yang ada pada hari ini dengan penyelesaian yang berkaitan dengan impak iklim yang berlaku ketika ini. - Gambar hiasan
KAHERAH: Laporan terbaharu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui UN-Habitat mendedahkan beberapa dapatan fakta yang membimbangkan dalam isu perbandaran dan juga krisis alam sekitar.
Laporan Bandar Dunia 2024 yang dikeluarkan di World Urban Forum (WUF12) mendapati lebih dua bilion penduduk bandar di seluruh dunia kini terdedah kepada peningkatan suhu sekurang-kurangnya 0.5 darjah Celsius menjelang tahun 2040.
Walaupun begitu, usaha dan tindakan untuk beradaptasi dengan perubahan iklim masih pada kadar yang perlahan, dedah laporan itu.
Laporan itu turut menyebut, pembangunan pesat yang gagal telah mengurangkan ruang hijau yang berterusan di kawasan bandar.
Jika dilakukan perbandingan pada 1990, secara purata sebanyak 19.5 peratus kawasan di bandar adalah ruang hijau dan iaa jatuh pada 13.9 peratus pada tahun 2020.
Hakikatnya, menurut laporan PBB itu, bandar-bandar di seluruh dunia memerlukan anggaran 4.5 hingga 5.4 trillion dollar setiap tahun untuk membina dan menyelenggara sistem infrasturuk bandar yang kalis iklim.
Namun, pembiayaan semasa kini hanya berjumlah 831 bilion dollar iaitu hanya sebahagian kecil daripada jumlah yang diperlukan.
Mereka yang paling terkesan ialah penduduk bandar yang terpinggir dan terdedah kepada risiko perubahan iklim yang berlaku.
Menurut Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Anaclaudia Rossbach, Laporan Bandar Dunia 2024 itu menjadi bukti betapa pentingnya untuk mengatasi masalah perbandaran yang ada pada hari ini dengan penyelesaian yang berkaitan dengan impak iklim yang berlaku ketika ini.
“UN-Habitat komited untuk menafaatkan segala maklumatkan dan pengetahuan yang ada untuk mencadangkan strategi solusi yang sesuai dengan usaha tempatan dan global,” kata Rossbach pada hari kedua penganjuran World Ubran Forum di sini, pada Selasa.
“Ilmu pengetahuan adalah asas untuk tindakan iklim yang berkesan dan hasil kajian yang dikumpulkan menerusi laporan ini penting untuk merangka kerja masa depan untuk Laporan Khas IPCC mengenai Perubahan Iklim dan Bandar yang akan datang”.
Anaclaudia Rossbach
Anaclaudia Rossbach
Laporan itu juga menegaskan kepentingan penyelarasan tindakan iklim dengan matlamat pembangunan yang lebih luas, seperti tadbir urus perkhidmatan awam yang lebih baik, penempatan berkualiti untuk ditambah, menguruskan kesihatan awam dan mengurangkan kadar kemiskinan.
Topic Berkaitan
#krisis iklim
#penduduk bandar terancam
#world urban forum
#UN-Habitat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan