DUNIA
  
            Krisis kebuluran makin meruncing di Gaza, bantuan terhad gagal tampung keperluan
Penduduk Palestin di Gaza kini berdepan krisis kebuluran yang semakin meruncing apabila bantuan kemanusiaan yang terhad gagal memenuhi keperluan asas harian. - Gambar fail AP
            
      GAZA: Penduduk Palestin di Gaza kini berdepan krisis kebuluran yang semakin meruncing apabila bantuan kemanusiaan yang terhad gagal memenuhi keperluan asas harian.
Laporan dari Deir el-Balah di tengah Gaza oleh wartawan Al Jazeera, Tareq Abu Azzoum menyatakan, jumlah bantuan yang dibenarkan masuk ke wilayah itu masih terlalu sedikit dan hanya mampu membantu sebahagian kecil daripada keseluruhan penduduk.
“Jumlah ini mungkin hanya dapat membantu sebahagian kecil daripada populasi Gaza,” katanya.
Menurut Abu Azzoum, ramai penduduk kini berkumpul di hadapan kedai roti dengan harapan dapat memperoleh sedikit roti untuk keluarga mereka.
Namun, kapasiti pengeluaran roti yang terhad tidak mampu menampung keseluruhan penduduk dan mencegah kebuluran yang semakin merebak.
“Ramai juga yang rebah kerana langsung tidak menjamah sebarang makanan,” tambah beliau. - Al Jazeera
Dapatkan berita terkini di sini