Krisis kemanusiaan di Damsyik semakin meruncing

APTN
Disember 15, 2017 07:28 MYT
Kanak-kanak seperti di kem pelarian di Lubnan ini terus menjadi mangsa kepada krisis kemanusiaan yang berlaku di Syria (foto: REUTERS/Ali Hashisho)
Pekerja kemanusiaan di Damsyik memberi amaran krisis kemanusiaan di kawasan berkenaan semakin buruk.
Ini dengan kerajaan Syria pimpinan Bashar Assad terus menghalang bekalan kemanusiaan dari masuk ke kawasan tersebut.
Sehingga kini kawasan timur Ghouta dengan 400 ribu penduduk tidak mempunyai cukup makanan, bahan bakar dan perubatan untuk musim sejuk.
Agensi berita AP dakwa, Bahsar sekat kawasan berkenaan kerana ia dipenuhi kumpulan pembangkang yang digelar kumpulan pengganas.
Menurut PBB satu daripada 8 kanak-kanak di Ghouta kini kurang zat.
#Kanak-kanak #kerajaan #PBB #pembangkang #pengganas #perubatan #Syria