awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis makanan: Presiden baharu Filipina janji tingkat pengeluaran bijirin

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2022
00:45 MYT
Krisis makanan: Presiden baharu Filipina janji tingkat pengeluaran bijirin
Marcos yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina minggu lalu turut sama menjawat jawatan Menteri Pertanian. - Foto AP
MANILA: Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr berikrar akan berusaha untuk meningkatkan pengeluaran beras dan jagung negaranya bagi mengurangkan kebergantungan terhadap import dan mengelakkan daripada krisis makanan yang berlaku di seluruh dunia.
Marcos yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina minggu lalu turut sama menjawat jawatan Menteri Pertanian.
Beliau berkata, Filipina merupakan pengimport beras kedua terbesar di dunia dan kini berada pada kedudukan yang tidak menguntungkan dalam bekalan makanan.
Jelas Marcos, seluruh dunia sedang bersedia ke arah itu susulan krisis makanan yang melanda ketika ini.
Marcos menghadapi cabaran selepas menjawat jawatan Presiden ketika tempoh kritikal dengan inflasi pada paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun.
Ini diburukkan lagi dengan dunia menghadapi bekalan makanan yang terhad akibat konflik antara pengeksport bijiran utama Rusia dan Ukraine.
Marcos berkata kerajaan akan memastikan harga makanan mampu milik.
Untuk memastikan kecukupan dan kemampuan makanan jangka panjang, Marcos mengulangi janji kempen untuk "membina semula rantaian nilai", dalam tempoh enam tahun untuk mengurangkan pergantungan kepada import makanan.
Beliau juga memohon semakan semula undang-undang tarif beras 2019, yang membuka pintu Filipina lebih luas kepada import dengan menghapuskan kuota tahunan pembelian dan mengehadkan peranan kerajaan dalam perdagangan beras untuk memastikan bekalan semasa kecemasan.
Topic Berkaitan
#Ferdinand Marcos
#beras
#krisis makanan
#bijirin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan