awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis pencabulan seksual: Bono U2 berbincang dengan Pope Francis

Agensi
Agensi
20/09/2018
07:18 MYT
Krisis pencabulan seksual: Bono U2 berbincang dengan Pope Francis
Bono bertemu dengan Pope Francis di Vatican City pada 19 September 2018. - Reuters
Penyanyi utama kumpulan rock U2, Bono, bertemu Pope Francis pada Rabu untuk menyelami pandangan pemimpin tertinggi Katolik itu tentang krisis pencabulan seksual yang dilaporkan terjadi di Ireland.
Bono dan Francis bertemu selama 30 minit dalam sebuah mesyuarat yang turut melibatkan organisasi ONE, iaitu kempen rundingan global yang bermatlamat untuk mengakhiri kemiskinan tegar.
"Kerana berasal dari Ireland, kami berbincang tentang kebimbangannya tentang perkembangan terbaru yang melibatkan gereja,” ujar Bono.
Semasa lawatan Francis ke Ireland bulan lalu, beliau merayu keampunan atas setiap perlakuan serangan seksual yang dideritai mangsa-mangsa di Ireland akibat perbuatan pemimpin di gereja selama berdekad-dekad lamanya.
“Saya ada katakan kepadanya, ada orang yang melihat bahawa orang yang melakukan pencabulan seksual itu adakalanya lebih dilindungi berbanding mangsa-mangsa.
“Saya melihat kesedihan pada wajahnya (Francis),” ujar Bono.
Selebriti antarabangsa itu juga menyatakan bahawa dia merasai keikhlasan Francis dan menyifatkannya sebagai manusia luar biasa.
Skandal pencabulan seksual selama bertahun-tahun telah mengikis kredibiliti gereja, khususnya melibatkan masyarakat Ireland pada empat dekad lalu.
Tambah Bono, dia dan Francis juga membincangkan tentang isu pembangunan, pemanasan global dan perubahan iklim.
Sejak tiga tahun kebelakangan ini, pengundi Irish telah meluluskan referandum pengguguran bayi dan mengesahkan perkahwinan gay, yang dilihat bertentangan dengan prinsip Vatican.
Topic Berkaitan
#Bono
#gereja
#mangsa
#paderi
#Pope Francis
#serangan eksual
#U2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan