awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis perubahan iklim adalah benar - Joe Biden

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2021
00:30 MYT
Krisis perubahan iklim adalah benar - Joe Biden
Sebahagian bandar Lafitte, Louisiana, ditenggelami air susulan Taufan Ida yang melanda, 30 Ogos, 2021. (Foto AP)
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyifatkan cuaca melampau seperti Taufan Ida sebagai satu peringatan bahawa krisis perubahan iklim sebagai sesuatu yang benar-benar berlaku.
Beliau mengingatkan tentang perlunya persediaan rapi berdepan krisis sama di masa depan.
"Kita diingatkan bahawa, ini bukan soal politik. Taufan Ida tidak peduli sama ada anda seorang Demokrat atau Republikan, di luar bandar atau bandar.
"Kehancuran terjadi di mana-mana dan ia adalah soal hidup dan mati. Dan kita semua bersama dalam situasi ini," di Washington DC pada Khamis.
Dalam perutusan khasnya, Biden memberi jaminan semua yang terjejas akan dibantu.
"Mesej saya kepada penduduk di kawasan terjejas, kami ada untuk anda. Kami akan pastikan apa yang diperlukan untuk proses pemulihan adalah mencukupi, supaya mereka yang berada di kawasan paling terjejas mendapat sumber bantuan dan tidak dipinggirkan," katanya.
White House juga, jelas beliau, sedia menyediakan segala bantuan yang diperlukan.
Kata Biden, Taufan Ida adalah yang kelima terbesar pernah melanda negara itu.
Ia juga menyaksikan buat kali pertama perkhidmatan cuaca nasional mengeluarkan amaran banjir di New York.
Topic Berkaitan
#perubahan iklim
#Joe Biden
#Taufan Ida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan