awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas ketua balai bomba bebas tuduhan beri kontrak kepada syarikat isteri
BNM umum dana tambahan RM2.5 bilion bagi PKS
Petani Perancis umum sekatan jalan raya di selatan Lyon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis politik Rusia: Kunjungan, akses doktor Navalny dinafikan

Astro Awani
Astro Awani
19/04/2021
00:35 MYT
Krisis politik Rusia: Kunjungan, akses doktor Navalny dinafikan
Alexei Navalny dilihat di Mahkamah Daerah Babuskinsky, di Moscow, Rusia, 20 Feb, 2021. (Foto AP)
AKSES dan kunjungan doktor kepada Alexei Navalny di penjara dinafikan ketika laporan mengatakan kesihatan pemimpin pembangkang Rusia itu merosot teruk akibat mogok lapar.
Pasukan doktor Navalny memberitahu bahawa mereka menghabiskan masa dua jam di luar penjara di Pokrov tetapi tidak dibenarkan masuk.
Dalam satu kenyataan video yang disiarkan di Twitter pada Ahad, salah seorang doktor peribadinya, Anastasiya Vasileya, mendakwa tindakan itu sebagai kejam.
Anggota pasukannya berkongsi kebimbangan mengenai keadaan Navalny di mana ahli terapi jantungnya mendakwa kesihatannya semakin merosot.
Hasil ujiannya menunjukkan peningkatan kadar kalium, yang boleh menyebabkan serangan jantung, dan tanda-tanda kegagalan buah pinggang.
Isu Navalny | Kunjungan dan akses doktor Navalny dinafikan
Navalny adalah pesaing dekat Presiden Rusia Vladimir Putin yang paling lantang.
Navalny memulakan mogok lapar lebih dari tiga minggu yang lalu memprotes tindakan pihak berkuasa penjara yang tidak membenarkannya berjumpa doktor swasta.
Ia bagi diagnosis sakit belakang yang teruk dan kehilangan deria rasa di kakinya.
Navalny ditahan pada 17 Januari ketika dia kembali ke Rusia dari Jerman, di mana dia menghabiskan lima bulan untuk pulih dari keracunan agen saraf yang didakwa dilakukan Kremlin.
Pegawai Rusia menafikan penglibatan mereka, bahkan mempersoalkan dakwaan Navalny diracun.
Navalny diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara selama 2 tahun 6 bulan kerana rawatannya yang lama di Jerman melanggar hukuman yang ditangguhkan yang telah dijatuhkan kerana kesalahan penipuan dalam kes yang didakwa bermotifkan politik.
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#Twitter
#video
#Rusia
#politik
#pembangkang
#serangan
#Jerman
#penjara
#kesihatan
#Alexei Navalny
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan