Krisis Rusia-Ukraine: Fakta loji nuklear milik Ukraine yang menjadi tumpuan dunia

Astro Awani
Mac 5, 2022 03:50 MYT
Gambar pandangan udara Loji Kuasa Chernobyl yang kini di bawah penguasaan Rusia - Foto fail/REUTERS
UKRAINE mempunyai 15 reaktor nuklear aktif yang berada di 4 kawasan berbeza iaitu: Loji kuasa ini telah membekalkan kira-kira 55 peratus bekalan kuasa elektrik untuk seluruh negara Ukraine.

Sumber: World Nuclear Association

Dengan krisis yang melanda Ukraine, Rusia setakat ini telah berjaya menguasai 2 loji kuasa nukluar milik Ukraine iaitu di Zaporizhzhia dan Chernobyl.
Pasti ramai yang tahu kisah Loji Kuasa Nuklear Chernobyl yang meletup pada 1986 sehingga melepaskan sejumlah besar bahan pencemar radioaktif ke dalam atmosfera lalu tersebar di sebahagian besar benua Eropah.
Krisis Rusia-Ukraine: Apa punca sebenar dan perkembangan terkini
Chernobyl mempunyai empat reaktor nuklear, namun ia sudah ditutup secara berperingkat dengan reaktor terakhir pada 15 Disember 2000.
Perang Rusia-Ukraine | Rusia tawan loji kuasa nuklear Chernobyl
Setakat February 2022, negara yang paling banyak reaktor nuklear yang aktif adalah:
  1. Amerika Syarikat - 93
  2. Perancis - 56
  3. China - 53
  4. Rusia - 37
  5. Jepun - 33
Sumber fakta:
https://world-nuclear.org/information-library/country-profiles/countries-t-z/ukraine.aspx
https://www.energoatom.com.ua/en/about-6/mission-7
#Ukraine #Rusia #nuklear #Chernobyl