awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Rusia-Ukraine: Moscow dakwa tawan Loji Kuasa Nuklear Chernobyl

Astro Awani
Astro Awani
25/02/2022
11:57 MYT
Krisis Rusia-Ukraine: Moscow dakwa tawan Loji Kuasa Nuklear Chernobyl
Tentera dan kakitangan perkhidmatan Ukraine kekal di wilayah itu untuk memastikan keselamatan radioaktif, sekali gus mengelak sebarang provokasi nuklear. - Reuters
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan Rusia memaklumkan bahawa Loji Kuasa Nuklear Chernobyl kini berada di bawah kawalan Tentera Udara Rusia.
Bagaimanapun, tentera dan kakitangan perkhidmatan Ukraine kekal di wilayah itu untuk memastikan keselamatan radioaktif, sekali gus mengelak sebarang ‘provokasi nuklear’.
Kenyataan itu dikeluarkan jurucakapnya, Mejar Jeneral Igor Konashenkov menerusi video yang dimuat naik kementerian itu.
Namun, masih tidak dapat disahkan sama ada benar atau tidak dakwaan kononnya tentera Rusia bekerjasama dengan pihak Ukraine untuk mengawal loji itu.
Konashenkov pada masa sama menegaskan tahap sinaran di kawasan itu kekal normal.
Agensi Kawal Selia Tenaga Nuklear Ukraine bagaimanapun, mengatakan bahawa paras sinaran gamma yang lebih tinggi daripada biasa telah dikesan di kawasan berhampiran loji nuklear itu.
Pihak berkuasa Ukraine berkata, Rusia mengambil alih loji itu dan zon terkecuali sekitarnya selepas pertempuran sengit pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Ukraine
#Rusia
#krisis Rusia-Ukraine
#Loji Kuasa Nuklear Chernobyl
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan