Krisis Rusia-Ukraine: Perintah berkurung berkuat kuasa hingga Isnin

Astro Awani
Februari 26, 2022 23:36 MYT
Seorang anggota tentera Ukraine memeriksa sebuah lori yang terbakar di Kiev. - Foto AP
KIEV: Perintah berkurung dikenakan ke atas ibu negara Ukraine, Kiev berkuat kuasa Sabtu sehingga Isnin.
Menurut Datuk Bandar, arahan dibuat susulan kemaraan tentera Rusia yang semakin hampir ke bandar itu.
Mereka yang ingkar perintah berkurung akan dianggap pengkhianat.
SEMUA MENGENAI KRISIS RUSIA-UKRAINE DI SINI
Perkembangan ini dilaporkan pasca hari ketiga pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Sumber risikan barat bagaimanapun mendedahkan tentera Rusia masih belum berjaya menembusi kawalan Ukraine.
Sehingga kini dilaporkan sasaran utama Rusia adalah untuk menawan bandar Kiev.
#perintah berkurung #Ukraine #Rusia #tentera