NEW YORK: Perang di Ukraine telah mewujudkan krisis keselamatan makanan global paling hebat pada zaman ini.
Kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, Rusia dan Ukraine menghasilkan satu pertiga daripada bekalan gandum dunia, dan kehilangan komoditi akibat perang telah mengakibatkan harga makanan melambung tinggi dan ketidakpastian tentang masa depan keselamatan makanan di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara miskin.
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menangani krisis, Blinken mengadakan mesyuarat di New York di luar PBB yang memfokuskan kepada keselamatan makanan.
“Jabatan Negara mendedahkan pada 2021, lebih daripada 193 juta orang di seluruh dunia mengalami kekurangan makanan yang kritikal.
“Ia merupakan peningkatan sebanyak 40 juta orang daripada tahun sebelumnya, manakala sebanyak 40 juta populasi dunia diunjurkan akan dilanda kemiskinan dan kekurangan makanan menjelang akhir tahun ini,” kata Blinken.
Menurut Blinken lagi, kekurangan bahan api dan baja di banyak negara dan lonjakan harga makanan yang pantas menggugat kestabilan rakyat, meningkatkan kelaparan, kekurangan zat makanan, mendorong penghijrahan, dan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang teruk.
Tegas Blinken, konflik Rusia-Ukraine telah memburukkan lagi isu keselamatan makanan di peringkat global.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, setakat ini tiada penyelesaian berkesan untuk krisis makanan tanpa mengintegrasikan semula pengeluaran makanan Ukraine, serta produk makanan dan baja yang dihasilkan oleh Rusia dan Belarus ke pasaran dunia.
“Pencerobohan Rusia di Ukraine semakin menguatkan dan mempercepatkan semua faktor ini: perubahan iklim, COVID 19 dan ketidaksamarataan serta mengancam puluhan juta manusia ke jurang krisis makanan, diikuti oleh kekurangan zat makanan dan kebuluran selama bertahun-tahun akan datang,
“Di sini jelas, tiada penyelesaian berkesan untuk krisis makanan tanpa mengintegrasikan semula pengeluaran makanan Ukraine, serta produk makanan dan baja yang dihasilkan oleh Rusia dan Belarus ke pasaran dunia walaupun dalam perang,” kata Guterres.
Agensi
Thu May 19 2022

Kekurangan bahan api dan baja di banyak negara dan lonjakan harga makanan yang pantas menggugat kestabilan rakyat, meningkatkan kelaparan dan kekurangan zat makanan. - Foto fail/AP

Kerajaan pastikan harga barangan keperluan tidak bebankan rakyat - PM
Kerajaan akan memastikan kenaikan harga barangan keperluan asas di pasaran dunia akibat gangguan rantaian bekalan yang disebabkan konflik geopolitik dan perubahan iklim tidak membebankan rakyat.

Bekas Timbalan Presiden MIC, S Subramaniam meninggal dunia
Perkhabaran duka itu disahkan sendiri anak lelakinya, S. Sunther pada Selasa.

Ismail Sabri kunjungi Lapangan Terbang Istanbul Sabiha Gokcen
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengunjungi lapangan terbang Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (ISGIA) di Turkiye.

7 terkorban, 13 lagi masih hilang dalam runtuhan salji di Itali
Angka kematian akibat runtuhan salji di utara Itali telah meningkat kepada tujuh orang setakat ini, lapor Xinhua.

Lagi insiden pesawat SpiceJet mendarat cemas, kali ini di Pakistan
Sebuah pesawat penumpang India yang dalam perjalanan dari New Delhi ke Dubai melakukan pendaratan cemas di bandar pelabuhan Karachi pada Selasa akibat masalah teknikal.

KPDNHEP selaras tindakan dengan agensi penguatkuasaan atasi ketirisan minyak masak ke Thailand
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama semua agensi penguatkuasaan akan menyelaraskan tindakan bagi membendung ketirisan minyak masak.
![AWANI 7:45 [05/07/2022] - Apa sudah jadi masyarakat kita? | Tolak permohonan injunksi interim | Akui kekalahan AWANI 7:45 [05/07/2022] - Apa sudah jadi masyarakat kita? | Tolak permohonan injunksi interim | Akui kekalahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976661/thumbnails/4194788161657027627957_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [05/07/2022] - Apa sudah jadi masyarakat kita? | Tolak permohonan injunksi interim | Akui kekalahan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya; 1.Semalam suami kelar isteri, anak, hari ini anak tikam leher ibu kandung. 2. Mahkamah Tinggi tolak permohonan Ahmad Zahid, cuba halang penerbitan semula kenyataan Tun M 3. PM arah bantuan segera kepada semua mangsa banjir Baling

Banjir Baling: Kerajaan umum bantuan awal RM500,000 untuk mangsa - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan awal kepada mangsa banjir di Baling, Kedah dengan peruntukan sebanyak RM500,000.

Agenda AWANI: 50 Tahun | CGC pacu pembangunan PMKS
CGC mengeluarkan lebih 515,000 jaminan kredit berjumlah RM88.7 billion kepada bank-bank di Malaysia yang telah meluluskan pembiayaan kepada lebih 360,000 PMKS sejak 50 tahun lalu. Bagaimana ia penting dalam memacu pertumbuhan PMKS negara ini? Ikuti temu bual bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak dalam Agenda AWANI.

Jenazah ibu, bayi mangsa kelar selamat dikebumikan satu liang
Dua beranak yang meninggal dunia dalam insiden kejam di Kampung Bakar Batu semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, jam 8.10 malam ini.

Lebih 100,000 pelarian Ukraine berada di Perancis
Sebanyak 84 peratus orang yang berpindah dari Ukraine tidak berhasrat untuk pulang ke tanah air mereka.

Harga minyak sawit mentah dijangka tidak turun bawah paras RM4,500 satu tan
Kerajaan menjangka harga minyak sawit mentah (MSM) tidak akan turun di bawah paras RM4,500 satu tan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.

Jokowi temui Putin, Zelensky, jadi pendamai akhiri konflik
Jokowi akan menjadi pemimpin pertama dari negara Asia yang akan melawat Ukraine dan Rusia di tengah-tengah konflik.

AmInvestment jangka harga bahan binaan kekal tinggi akibat konflik berterusan Rusia-Ukraine
Harga bar keluli meningkat 11 peratus kepada RM3,450 satu tan pada Mei 2022 berbanding RM3,100 satu tan pada Mei 2021.

Pengambilalihan Asas Baiduri kukuh kedudukan Malaysia Smelting Corporation sebagai pengeluar bijih timah terbesar
Malacca Securities menjangkakan cadangan Malaysia Smelting Corporation Berhad mengambil alih keseluruhan pegangan ekuiti di dalam Asas Baiduri Sdn. Bhd.

Menteri Luar Rusia kutuk tindakan sekat pesawatnya ke Serbia
Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov mengutuk tindakan tiga negara Eropah Timur yang menghalang pesawatnya daripada berlepas ke Serbia.

Kerajaan berhati-hati perkembangan global khususnya isu bekalan makanan - PM
Kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati terhadap perkembangan global terkini khususnya isu bekalan makanan dan kenaikan harga bahan makanan.

Krisis makanan global dijangka berlarutan sehingga tahun depan - FAO
FAO juga meramalkan harga makanan dunia kekal tinggi susulan konflik Rusia dan Ukraine, dua pengeksport utama bijirin dan baja.

George Kent catat untung bersih RM31.26 juta, hasil RM355.22 juta bagi FY2022
Pada tahun kewangan sebelumnya, kumpulan itu telah menukarkan akhir tahun kewangannya daripada 31 Jan kepada 31 Mac.

Keuntungan suku pertama Petronas Chemicals meningkat kepada RM2.1 bilion
Prestasi kewangan yang kukuh ini didorong oleh harga yang lebih tinggi di semua segmen produk, terutama ammonia dan urea.