Krisis Rusia-Ukraine: Serangan bom di Kiev musnahkan bangunan

Astro Awani
April 29, 2022 00:33 MYT
Anggota perkhidmatan kecemasan menjalankan tugas di kawasan di mana berlaku letupan di Kiev, Ukraine, 28 Apr 2022. (Foto AP)
BANDAR raya Kiev pada Khamis digegarkan dengan insiden pengeboman oleh Rusia, menyebabkan beberapa bangunan terbakar.
Serangan itu berlaku ketika Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengadakan siri lawatan ke ibu negara itu.
Rakaman media antarabangsa menunjukkan, pekerja perkhidmatan kecemasan berusaha memadamkan kebakaran dan membantu orang awam yang terkesan.
Ia termasuk memindahkan orang ramai dari kawasan terbabit.
Guterres sebelum ini berada di Kiev, meninjau kemusnahan di bandar-bandar kecil di luar ibu kota itu, bagi menyakskan impak yang diterima Ukraine dalam perang ini.
Ukraine-Rusia | Serangan bom di Kyiv musnahkan bangunan
#krisis Rusia-Ukraine #bom #Kiev #serangan